


Sempena dengan sambutan World Animal Day 2011, sekolah telah diminta untuk menghantar penyertaan dalam pertandingan Recycle Invention, Ecofashion dan Wildlife Race di Zoo Lok Kawi pada 1 dan 2 Oktober 2011.
Pada 1 Oktober 2011 (Sabtu), palajar-pelajar yang menyertai pertandingan Recycle Invention dan saya telah bertolak ke Zoo Lok Kawi pada 8.45am. Pelajar yang terlibat membuat hasil rekecipta mereka sehingga jam 5 petang.
Pada 2 Oktober 2011(Ahad), pelajar-pelajar pelajar yang menyertai pertandingan Recycle Invention diminta untuk mempersembahankan hasil rekaan mereka pada jam 11.30am
Pada jam 2.00pm, Pertandingan Ecofashion yang disertai oleh Alex dan Ervi pun bermula. Terdapat 2 penyertaan sahaja untuk pertanidngan ini. Selain pertandingan tersebut, terdapat juga persembahan pakaian kitar semula oleh Miss Earth.
Pada jam 3 petang, majlis penutupan diadakan dan keputusannya ialah pasukan sekolah telah menjadi johan dalam Pertandingan Recycle Invention dan Pertandingan Ecofashion. Sementara itu untuk Pertandingan Wildlife Race pasukan sekolah telah mendapat naib johan.
0 comments:
Post a Comment