










Kem Perdana Akademik SPM anjuran bersama PIBG dan SMK Bandaraya Kota Kinabalu turut diadakan sejurus tamatnya Program Bimbingan Kerjaya Pelajar SPM & STPM. Kem ini telah diadakan pada 1 & 2 Oktober 2010 bertempat di Dewan Perdana Sekolah. Sebanyak 6 bengkel telah diadakan sepanjang kem itu iaitu Bengkel Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Sains Teras. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh pengerusi PIBG iaitu Pn. Nur Atikah Abdullah.
0 comments:
Post a Comment